SURAT PELAWAAN SEBUTHARGA (GENSET)

1. Sebutharga ini  adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat  yang berdaftar  dengan Pusat  Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) dan memiliki Sijil CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:

NOMBOR
S
EBUTHARGA
KOD / TAJUK &
SUB TAJUK
TAJUK
KPSKTM/SHTBP:
2015/11
Kod Bekalan:
200200 
Tajuk VII
Sub-Tajuk 1    
Kerja-kerja membekal, memasang dan mengujitauliah 30KVA Diesel Genset Untuk Pusat e-Desa

2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi semasa waktu pejabat mulai  15 Oktober 2015 jam 9:00 pagi dari Unit Akaun, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Aras 8, Wisma Bandaraya, 88000 Kota Kinabalu dengan harga RM20.00/set (tidak dikembalikan).
3. Dokumen  hanya  akan  dijual  kepada  wakil-wakil  kontraktor  yang  sah  sahaja.  Untuk  maksud  ini kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUKONSA dan SIJIL CIDB  yang masih sah tempohnya dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM. 
4. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada:

Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

5. Dokumen  Sebutharga  mestilah  dikembalikan  tidak  lewat  daripada  jam  10:00  pagi pada 22 Oktober 2015  dan dimasukkan ke dalam peti  Sebutharga yang telah disediakan di  KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
6. Jawatankuasa  Sebutharga  tidak  terikat  untuk  menerima  sebutharga  yang  terendah  atau  sebarang sebutharga.
7. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi PPT(eBiz) ditalian telefon : 088-288333/288334/288335.

Setiausaha Tetap
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN
KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 

Tarikh penerbitan: 15/10/2015
You are visitor no. :
 
Kementerian Pelajaran dan Inovasi
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288333 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my