Kenyataan Sebutharga Terbuka (KPSKTM/UK:2017/4)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13
Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 Kota Kinabalu
Telefon : 088-288325/288326/288327
Faks : 088-269071

KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA

  1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada perniagaan atau syarikat yang berdaftar sebagai Sijil Pendaftaran Status Bumiputera (KPSKTM), Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) atau Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), serta berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:

BIL NO. SEBUTHARGA TAJUK KOD BEKALAN DAN TAJUK
1. KPSKTM/UK:2017/4 Untuk mengendali Program Seminar Pematuhan dan Pemantapan Kontraktor Bumiputera termasuk pakej membekal tempat seminar serta makan dan minum. (Tenaga Pengajar)
220502
221110

  1. Dokumen sebutharga ini boleh didapati dengan harga RM50.00 senaskah daripada Ketua Kerani bermula pada
    13 Mac 2016 (Isnin), jam 10:00 pagi di alamat berikut:

    Bahagian Perkhidmatan Korporat

    Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

    Aras 8, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama

    88000 KOTA KINABALU

  2. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dengan profil perniagaan atau Syarikat dan salinan pendaftaran PUKONSA/PMS dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada :

    Pengerusi

    Jawatankuasa Pembuka Sebutharga

    Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

    Aras 8, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama

    88000 KOTA KINABALU

  3. Dokumen tender mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 27 Mac 2017 (Isnin) dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah disediakan di Aras 8, Wisma Bandaraya.
  4. KPSKTM TIDAK terikat untuk menerima sebutharga terendah atau untuk memberi apa-apa sebab penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cleopatra Clare Asing melalui nombor 088-288325/288326/269070.

    Setiausaha Tetap

    Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

    KOTA KINABALU

Tarikh penerbitan: 10/03/2017
You are visitor no. :
 
Kementerian Pelajaran dan Inovasi
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288333 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my