KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA K-Pi/KIT: 2019/16

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI
Aras Bawah, Tingkat 6, 8 – 11 dan 13 
Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 
88000 KOTA KINABALU
Telefon : 088-288333 Faks : 088-269071
 
SURAT PELAWAAN SEBUTHARGA
 
1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) Kod Bekalan dan Tajuk : 220204 (Pengurusan Pameran/Pentas) ATAU 220502 (Tenaga Pengajar) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:
 
BIL NOMBOR SEBUTHARGA TAJUK
1 K-Pi/KIT: 2019/1
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM KECEMERLANGAN INOVASI PENDIDIKAN SABAH (KIPS)
2. Kontraktor adalah WAJIB untuk menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaan Kerja sebelum membeli dokumen Sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa taklimat adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Sebutharga ini. Taklimat akan dilaksanakan pada 8 Ogos 2019 (Khamis), tepat jam 10.00 pagi bertempat di Kementerian Pelajaran dan Inovasi,Tingkat 6, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
 
3. Dokumen Sebutharga ini boleh didapati sebaik sahaja sesi taklimat selesai diadakan dengan harga RM20.00 (tidak dikembalikan). Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan rekod Kementerian Pelajaran dan Inovasi (K-Pi).
 
4. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dengan profil syarikat dan salinan semua sijil pendaftaran/lesen berkaitan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada : 
 
Pengerusi 
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pelajaran dan Inovasi
Aras 8, Wisma Bandaraya, 88000 KOTA KINABALU
 
5. Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di K-Pi, Aras 8, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
 
6. Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga
 
7. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi Urusetia Projek di talian telefon : 088-288333. 
 
 
Setiausaha Tetap
KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI
 

 

You are visitor no. :
 
Kementerian Pelajaran dan Inovasi
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288333 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my