Fungsi Bahagian Perkhidmatan Korporat

Objektif

Pada amnya,objektif bahagian ini adalah mempastikan segala aktiviti-aktiviti pentabiran perkhidmatan dan kewangan dilaksanakan dengan teratur sejajar dengan peraturan dan skim-skim yang sedang berkuatkuasa pada masa ini.

Fungsi: Semasa

Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Tadbir (N41).

Unit Pentadbiran

Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (N32) dan dibantu oleh beberapa pegawai dan kakitangan sokongan. Unit ini diberikan peranan bagi melaksanakan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan dan pentadbiran pejabat sepertimana yang terdapat di lain-lain Jabatan atau Organisasi.

Fungsi-fungsi utama unit ini adalah seperti berikut:-

  • Mengurus perkhidmatan kakitangan Kementerian.
  • Mengurus dan menyediakan tindakan tatatertib kakitangan Kementerian.
  • Memproses cuti kakitangan Kementerian.
  • Mengendalikan urusan perubatan kakitangan dan keluarga yang memerlukan rawatan hospital dalam dan luar negeri.
  • Menyelaras urusan peperiksaan perkhidmatan kakitangan Kementerian.
  • Menyelaras latihan atau kursus kakitangan Kementerian yang dianjurkan oleh lain-lain Jabatan Kerajaan dan institusi pengajian tinggi.
  • Menyediakan laporan sulit tahunan kakitangan.
  • Mengurus dan mengemaskini rekod perkhidmatan kakitangan.
  • Mengurus sistem fail Kementerian.
  • Menyelaraskan pengujudan jawatan di Kementerian ini.
  • Mengurus kereta-kereta kerajaan di Kementerian.
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Pembukaan dan Penilaian Sebutharga KPSKTM.
  • Menyelaras Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan serta Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPSKTM.

 

You are visitor no. :
 
Kementerian Pelajaran dan Inovasi
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288333 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my