SURAT PELAWAAN SEBUTHARGA

1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat  yang berdaftar  dengan Pusat  Pendaftaran Kontraktor Kerja,Bekalan dan  Perkhidmatan  Kerajaan  Negeri  Sabah  (PUKONSA) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:

BIL. NOMBORSEBUTHARGA TAJUK 
1
KPSKTM/SHTBP: 2015/10
Untuk Membekal, Memasang Dan Mengujitauliah Empat Puluh
(40) Unit Komputer Desktop Untuk Pusat e-Desa.
 
KOD BEKALAN :
  • 210101 : Personal Computer and Related Peripheral and Services
  • 210105 : Other Computer Related Services
 
2. Dokumen Sebutharga  boleh diperolehi semasa waktu pejabat mulai 13 Oktober 2015 jam 10:00 pagi dari  Unit Korporat, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Aras 8, Wisma Bandaraya, 888000 Kota Kinabalu dengan harga RM20.00/set (tidak dikembalikan).
 
3. Dokumen hanya akan dijual  kepada wakil-wakil  kontraktor yang sah sahaja.  kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM. 
 
4. Semua  dokumen  yang  telah  lengkap  diisi  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  pendaftaran PUKONSA dan  dimasukkan ke  dalam sampul  surat  berlakri  yang  ditanda  Nombor  dan  Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan di alamatkan kepada:
 
Pengerusi 
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU
 
5. Dokumen  Sebutharga  mestilah  dikembalikan  tidak  lewat  daripada  jam  10:00  pagi pada 26 Oktober 2015 dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya
 
6. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi PPT(eBiz) di talian telefon : 088-288333/288334/288335.
 
Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan Sumber dan
Kemajuan Teknologi Maklumat
 
Date of publish: 13/10/2015
You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288333 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my