SURAT PELAWAAN SEBUTHARGA

1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran
Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) untuk
melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut :

BIL NOMBOR
SEBUTHARGA
TAJUK
1 KPSKTM/SHTBP :
2015/07
Untuk Membekal, Memasang Dan Mentauliah Peralatan ICT Untuk
Pelaksanaan e-Status KPSKTM
KOD BEKALAH :
• 210101 : Personal Computer and Related Peripheral and
Services
• 210105 : Other Computer Related Services
• 210106 : Networking Products and Services
2 KPSKTM/SHTBP :
2015/08
Untuk Melaksanakan PROGRAM TECNORAMA-IT Fiesta 2015
KOD BEKALAN :
• 220204 (Penyewaan dan Pengurusan Pameran/Pentas)

2. Kontraktor adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaan Kerja bagi sebutharga
KPSKTM/SHTBP : 2015/08 sebelum membeli dokumen Sebutharga. Kontraktor yang tidak
menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran adalah tidak layak untuk mengambil bahagian
dalam Sebutharga ini. Taklimat bagi sebutharga akan dilaksanakan pada 4 Jun 2015 (Khamis), tepat
jam 2.30 petang di :

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bilik Mesyuarat Monitor
Aras 6, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

3. Dokumen Sebutharga bagi KPSKTM/SHTBP :2015/07 boleh diperolehi dari Unit Korporat,
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Aras 8, Wisma
Bandaraya, 888000 Kota Kinabalu, manakala KPSKTM/SHTBP : 2015/08 boleh diperolehi sebaik
sahaja sesi taklimat selesai. Harga dokumen ialah RM20.00 / set (tidak dikembalikan). Untuk maksud
ini :

3.1. resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah
lengkap diisi.
3.2. kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh
PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.

4. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran
PUKONSA dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk
Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan di alamatkan kepada :

Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

5. Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 17 Jun 2015
(Rabu) dan di masukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8,
Wisma Bandaraya.

6. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk
menghubungi PPT(eBiz) atau PTM di talian telefon : 088-288333/288334/288335

Date of publish: 03/06/2015
You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288333 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my