NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGA TERBUKA - KPSKTM/SHTBP : 2017/01 - KPSKTM/SHTBP : 2017/10

  1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut :



    KOD BEKALAN DAN TAJUK : 220204 (Penyewaan dan Pengurusan Pameran/Pentas)




    BIL

    NOMBOR SEBUTHARGA

    TAJUK

    1

    KPSKTM/SHTBP : 2017/01

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN MELALUI APLIKASI TEKNOLOGI: KLINIK APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEUSAHAWANAN

    2

    KPSKTM/SHTBP : 2017/02

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN MELALUI APLIKASI TEKNOLOGI: KLINIK APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEUSAHAWANAN 2.0

    3

    KPSKTM/SHTBP : 2017/03

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM SINDA-iT PERINGKAT DAERAH PITAS

    4

    KPSKTM/SHTBP : 2017/04

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM SINDA-iT PERINGKAT DAERAH TAWAU

    5

    KPSKTM/SHTBP : 2017/05

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM SINDA-iT PERINGKAT DAERAH TONGOD

    6

    KPSKTM/SHTBP : 2017/06

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM SINDA-iT 2.0 KITUAU LIMBA

    7

    KPSKTM/SHTBP : 2017/07

    UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM MINI EKSPO PEKERJAAN PERINGKAT DAERAH

    8

    KPSKTM/SHTBP : 2017/08

    UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK KREATIF ARAMA-IT: PROGRAM PEMBANGUN APLIKASI ICT: CODEFEST SABAH

    9

    KPSKTM/SHTBP : 2017/09

    UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK
    USAHAWAN PEMBANGUN MEDIA REKREASI DIGITAL

    10

    KPSKTM/SHTBP : 2017/10

    UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK KREATIF ARAMA-IT: PROGRAM INOVASI ICT ROBONEO

  2. Kontraktor adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaan Kerja sebelum membeli dokumen Sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Sebutharga ini.


  3. Taklimat akan dilaksanakan pada 1 Mac 2017 (Rabu), tepat jam 9.00 pagi bertempat di:

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Bilik Mesyuarat Broadband

Aras 13, Wisma Bandaraya

Jalan Masjid Lama

88000 KOTA KINABALU

  1. Dokumen Sebutharga ini boleh didapati sebaik-baik sahaja sesi taklimat selesai diadakan dengan harga RM20.00 (tidak dikembalikan). Untuk maksud ini :
    1. resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi.
    2. kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA danĀ 

      membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.


  2. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran PUKONSA dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan di alamatkan kepada :

Pengerusi

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

Aras 8, Wisma Bandaraya

Jalan Masjid Lama

88000 KOTA KINABALU

  1. Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 13 Mac 2017 (Isnin) dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya.

  1. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi Urus Setia Projek di :

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

Bahagian Kemajuan IT (KIT)

Aras 6 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama

88000 Kota Kinabalu

Telefon : 088-288333/288334/288335

Faks : 088-269071

SETIAUSAHA

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

Date of publish: 24/02/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288333 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my