KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA - K-PI/KIT: 2019/14 - K-PI/KIT:2019/15

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI

Aras Bawah, Tingkat 6, 8 – 11 dan 13

Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu

Telefon : 088-288333 Faks : 088-269071

KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA

  1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah (PUKONSA) Kod Bekalan dan Tajuk : 210101- Personal Computer and Related Peripheral and Services  untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:
Bil Nombor Sebutharga Tajuk
1

K-Pi/KIT: 2019/14

Sebutharga Untuk Membekal Peralatan ICT Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah

2 K-Pi/KIT: 2019/15 Sebutharga Untuk Membekal Peralatan ICT Pusat e-Desa Sabah

2. Dokumen Sebutharga  ini  dijual dengan harga RM20.00 (tidak dikembalikan) dan boleh diperolehi pada waktu pejabat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pelajaran dan Inovasi (K-Pi), Tingkat 8, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu bermula pada 21 Jun 2019 jam 10.00 pagi. Untuk maksud ini, syarikat hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan rekod Kementerian ini.

3.  Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dengan profil syarikat dan salinan semua sijil pendaftaran/lesen berkaitan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada :

Pengerusi

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga

Kementerian Pelajaran dan Inovasi

Aras 8, Wisma Bandaraya, 88000 KOTA KINABALU

4.  Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 4 Julai 2019 dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di K-Pi, Aras 8, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

5.   Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga.

6.  Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Sebutharga, syarikat adalah dijemput untuk menghubungi Pegawai Teknologi Maklumat di talian telefon : 088-288333.

Setiausaha Tetap

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI

You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288333 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my