BAHAGIAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI

BAHAGIAN BIASISWA

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Dan Inovasi melaksanakan Dasar Kerajaan Negeri menerusi pemberian biasiswa mengikut keperluan tenaga manusia di Negeri Sabah.  Melaksanakan pembayaran elaun biasiswa, tuntutan dan kemudahan lain.  Memantau prestasi akademik dan hal ehwal pelajar.

OBJEKTIF BAHAGIAN BIASISWA

Membangunkan dan mempertingkatkan potensi sumber manusia dalam sektor awam dan individu menuju ke arah kecemerlangan melalui peningkatan kelayakan akademik yang ditaja dan diiktiraf oleh kerajaan sama ada di dalam dan luar Negara.

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN BIASISWA

Bahagian Biasiswa memproses dan memberi maklum balas kepada pelanggan (dalam jumlah hari bekerja) seperti perkara berikut:

7 hari  - Menyampaikan surat Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah selepas Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

3 hari  - Mengurus pembayaran tuntutan elaun biasiswa pelajar

3 hari  - Mengurus pembayaran tuntutan yuran pengajian / tuntutan pelajar

*Piagam tertakluk kepada hari bekerja

Pematuhan kepada piagam pelanggan ini adalah tertakluk kepada hari bekerja.  Sekiranya anda mengalami kelewatan urusan yang dinyatakan, sila berhubung kepada kami untuk tindakan dan maklumat lanjut melalui saluran-saluran yang disediakan di bawah.
 

You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288333 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my